Salah anakku... jangan buat lagi!



Foto Salah dipeluk wanita tular di media sosial yang membuatkan ibunya memberi reaksi. FOTO Jessy Abdo/Instagram


MOHAMED Salah sering menerima kecaman lawan tetapi bintang bolasepak Liverpool itu tidak terlepas dikritik oleh ibunya sendiri.

Teguran orang melahirkannya itu hadir selepas dia terlihat foto anaknya itu memeluk peminat wanita tular di media sosial.

Salah yang kini bergelar suami, mendirikan rumahtangga dengan buah hatinya sejak
zaman remaja, Magi pada 2013.

Sebaik ternampak foto itu, ibunya serta-merta mengirimkan mesej kepada anaknya: "Jika saya nampak bapa awak buat seperti itu, saya akan minta cerai."

Salah pula berkongsi perbualan dengan ibunya itu di Instagram malah meletakkan emoji ketawa - menunjukkan tiada sebarang rasa kecil hati antara mereka berdua.

Bintang Mesir itu tidak beraksi bersama pasukan negaranya untuk Piala Negara-negara Afrika.

Dia diberikan rehat oleh bos Javier Aguirre yang mahu meletakkan muka baru dalam skuad itu.

Penyerang Liverpool berusia 26 itu memainkan peranan penting ketika Reds mencabar Manchester City untuk gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...