Nana Sheme cemerlang akademik, nyanyian

NUR Nabilah Hashimi atau lebih dikenali Nana Sheme. - UTUSAN ONLINE

SHAH ALAM, 26 Mac - Penyanyi Nur Nabilah Hashimi atau lebih dikenali Nana Sheme berjaya menerima Anugerah Cemerlang Kelas Pertama dalam bidang Pengajian Pengurusan Pembinaan dari Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur pada Majlis Istiadat Konvokesyen ke-90 di Universiti Teknologi MARA.

Nana yang popular dengan lagu Hantu atau Buaya itu meluahkan rasa bersyukur dan terima kasih atas penghormatan yg diberikan.

Seorang pelajar yang mengutamakan pengajian dari bidang nyanyian sepanjang tempoh pengajiannya memberitahu penat lelah dan usaha yang diusahakan selama ini berbaloi untuk dirinya.

Selepas habis pengajian beliau memberi tumpuan sepenuh masa dalam bidang nyanyian ini tidak menolak jika ada rezeki untuk sambung pelajaran dalam peringkat yang lebih tinggi.

Penyanyi kelahiran Sarawak ini akan melancarkan lagu single terbaru dalam masa terdekat dan akan terus membina kerjaya dalam bidang nyanyian. – UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...