Putrajaya lulus pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim RM1.6 bilion

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim akan bertapak di daerah Kuala Muda, Kedah. (Gambar Facebook)


PETALING JAYA: Putrajaya meluluskan beberapa projek berimpak tinggi di Kedah, termasuk pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang bernilai RM1.6 bilion.

Dalam satu kenyataan, Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Azmin Ali berkata kementeriannya meluluskan Peruntukan Pembangunan Negeri Kedah untuk 2019 sebanyak RM1.132 bilion yang merangkumi 201 projek dan RM1.049 bilion bagi 51 projek baru.

Menerusi peruntukan itu, kerajaan turut meluluskan pembinaan Lebuhraya Koridor Utara, Fasa 1A dari Bandar Baharu ke Sungai Petani serta Fasa 1B dari Bandar Baharu ke Jambatan Sultan Abdul Halim yang bernilai RM1.7 bilion.

Antara lain, pembinaan Perpustakaan Digital di Alor Setar (RM15 juta), pembangunan Hab Industri Pembuatan & Logistik di Sidam (RM300 juta) dan pelaksanaan kajian impak untuk pembinaan Taman Industri Petro-Kimia di Gurun (RM2 juta).

Kelulusan projek itu diumumkan Azmin selepas mengadakan perbincangan dengan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri mengenai agenda utama dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11, hari ini.

Terdahulu, Mukhriz dilaporkan berkata kerajaan negeri mendapat kelulusan daripada kerajaan pusat bagi membangunkan lapangan terbang antarabangsa bagi wilayah utara.

Lapangan terbang itu akan dibina di Kuala Muda, Kedah.-FMT

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...