Projek jalan raya Pan Borneo dianak tirikan Kerajaan Pusat


Ahli Parlimen Bintulu, Dato’ Seri Tiong King Sing hari ini menyuarakan rasa kesalnya terhadap Kementerian Pengangkutan kerana kurang mengambil perhatian terhadap masalah jalan raya Pan Borneo di Sarawak apabila pengguna jalan raya mengemukakan aduan mengenai jalan raya yang masih berlubang dan papan tanda jalan yang masih tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.


Beliau membangkitkan isu tersebut ketika berhujah di Dewan Rakyat hari ini.


Tambahnya lagi penyelenggaraan lapangan terbang juga perlu dititkberatkan apabila didapati masih lagi terdapat bangunan lapangan terbang yang masih belum dinaik taraf dan memastikan keadaan lapangan terbang dalam keadaan baik .


Tiong juga mahu Kementerian Pengangkutan menaik taraf bangunan lapangan terbang untuk memastikan keselesaan dan keselamatan rakyat dengan menggunakan peruntukan dari cukai tambahan yang dikenakan kepada para penumpang.


Dalam pada itu juga Tiong menyatakan rasa gusarnya mengenai isu Perjanjian MOU (Memorandum Of Understanding) diantara Malaysia dan China yang masih tidak jelas tujuan dan inti pati perjanjian tersebut dapat memberi manfaat kepada rakyat.-SarawakVoice


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...