Penjawat awam Gred 48 ke atas dilarang sertai kesatuan sekerja



Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar. - Foto BH

KUALA LUMPUR: Penjawat awam melebihi Gred 48 tidak dibenarkan menyandang jawatan dalam pergerakan kesatuan sekerja berikutan wujud percanggahan kepentingan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar, berkata garis panduan itu terpakai kerana penjawat awam dengan gred sedemikian terbabit dalam penggubalan dan pentadbiran dasar kerajaan.

Sehubungan itu, katanya, jawatan hakiki dipegang penjawat awam melebihi Gred 48 akan bercanggah dengan peranan mereka sekiranya terbabit dalam pergerakan kesatuan sekerja.

“Gred 48 sahaja, ia terhenti di situ (penyertaan kesatuan sekerja) kerana peluang kenaikan pangkat selepas itu akan menyebabkan mereka terbabit dalam pentadbiran dasar.

“Oleh itu, mereka dengan sendirinya terhalang daripada memegang apa-apa jawatan kerana ia percanggahan kepentingan sebagai penjawat awam dan ahli kesatuan sekerja,” katanya pada sesi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Natrah Ismail (PH-Sekijang) mengenai sama ada kementerian berhasrat meminta Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk membenarkan penjawat awam Gred DG48 dan ke atas menyandang jawatan dalam kesatuan.

Mahfuz berkata, pihaknya giat meminda akta berkenaan, namun ia tidak memberi kebenaran kepada penjawat awam dengan Gred DG48 dan ke atas menyandang sebarang jawatan dan keahlian dalam kesatuan.

“Pegawai Gred DG48 ke atas boleh memohon kepada Ketua Setiausaha Negara (KSN) untuk memberi pengecualian mengikut Seksyen 27 Akta 262 bagi menyertai kesatuan sekerja atau menjadi anggota, namun tertakluk kepada sekatan perundangan berkaitan.

“Ada 19 kesatuan sekerja yang diberi pengecualian supaya penjawat awam boleh menyertainya, termasuk dalam kalangan guru iaitu DG48,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...