Tingkatkan aset pertahanan wilayah Sarawak



Choon Siang (kiri) bersalaman dengan pegawai selepas Majlis Serah Terima Tugas Panglima Divisyen Pertama Infantri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. - NSTP

KOTA SAMARAHAN: Sarawak diharap menerima agihan aset pertahanan baharu bagi memperkukuhkan keupayaan pasukan Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam usaha
mengekalkan keamanan wilayah ini.

Panglima Divisyen Pertama Infantri, Mejar Jeneral Datuk Toh Choon Siang, berkata pengagihan aset baharu itu perlu bersesuaian dengan cabaran yang dihadapi masa kini.

“Kertas Putih Pertahanan sudah digubal dan saya amat mengharapkan aset pertahanan baharu diberi perhatian untuk Sarawak,” katanya.

Choon Siang berkata demikian dalam ucapan sempena Majlis Serah Terima Tugas Panglima Divisyen Pertama Infantri antara beliau dengan penggantinya, Mejar Jeneral Datuk Mohd Din Abu di Kem Muara Tuang, di sini, hari ini.

Choon Siang yang menjadi pegawai TDM paling lama berkhidmat iaitu selama 42 tahun, lapan bulan dan sembilan hari akan bersara wajib pada 17 September ini.
Beliau dilantik menjadi Panglima Divisyen Pertama Infantri selama sembilan bulan sejak 28 Mei tahun lalu.

Choon Siang berkata, beliau puas memberi perkhidmatan kepada negara dengan menjawat beberapa jawatan penting TDM, termasuk Panglima 11 Briged Infantri dan Pegawai Memerintah Batalion Ke-8 Rejimen Renjer Diraja Para, pasukan elit payung terjun pertama negara.


Choon Siang (kiri) menerima cenderahati pada Majlis Serah Terima Tugas Panglima Divisyen Pertama Infantri di Kem Muara Tuang, Kota Samarahan. - NSTP

Sementara itu, Panglima Medan Timur TDM, Leftenan Jeneral Datuk Wira Zamrose Mohd Zain dalam ucapan sempena majlis itu turut memuji keupayaan operasi Divisyen Pertama Infantri sepanjang dipimpin oleh Choon Siang.

“Dalam tempoh sembilan bulan itu, Divisyen Pertama Infantri berjaya mematahkan banyak aktiviti jenayah rentas sempadan menerusi Ops Keris Parang dan Ops Awas yang dijalankan.

“Sebanyak 97 rampasan barangan yang cuba diseludup dengan nilai RM1.2 juta berjaya dilakukan pasukan yang beroperasi di sempadan Malaysia-Indonesia dan pasukan kita juga berjaya menahan seramai 177 pendatang asing tanpa izin yang cukup menyusup masuk ke negara ini secara haram dalam tempoh itu,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...