KKMM Minta RTM Sarawak Perjelaskan Dakwaan Larangan Liputan Acara Di Sarawak



KUCHING: Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) meminta Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sarawak khasnya memberi penjelasan dakwaan larangan membuat liputan acara dianjurkan kerajaan negeri.


Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) KKMM, Shakib Ahmad Shakir menegaskan Kementerian tidak pernah membuat arahan sedemikian.

"Kementerian tidak tahu menahu isu ini tetapi kami akan meminta penjelasan daripada RTM khasnya Sarawak untuk mengemukakan ulasan mengenai isu ini.

"Selepas daripada itu baharu kita dapat melihat langkah atau arahan seterusnya untuk perkara ini," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Taklimat Kesedaran Pencegahan Jenayah Siber dan Anti Permerdagangan Orang di Auditorium RTM Sarawak di sini, hari ini.

Tambah Shakib apa yang beliau ketahui, tidak pernah ada arahan yang melarang RTM membuat liputan di negeri pembangkang.

Namun katanya, apa yang penting kini adalah untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak RTM Sarawak.

Pada Isnin, Menteri Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzahmeminta Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo memperbetulkan garis panduan yang didakwa melarang Radio Television Malaysia (RTM) membuat liputan di negeri-negeri pembangkang.

Beliau berkata negeri-negeri pembangkang masih dipinggirkan RTM dan Gobind selaku menteri bertanggungjawab tidak melaksanakan tugasnya.

Ini kerana Abdul Karim berpendapat, RTM jelas sekali tidak membuat liputan terhadap acara-acara kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gobind seharusnya melakukan sesuatu segera.

Malah, pada sidang media itu, RTM tidak membuat liputan menyebabkan beliau beranggapan RTM benar-benar memboikot kerajaan negeri. -Utusan Borneo Online 

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...