PBB kena aktif daftar ahli baharu



Dr Abdul Rahman (duduk tengah) bergambar dengan barisan kepemimpinan bapa, wanita dan pemuda PBB Pantai Damai sempena program Retreat DUN Pantai Damai di Lundu. - NSTP

LUNDU: Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) perlu aktif merekrut ahli demi memastikan kekuatan parti di peringkat akar umbi.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, berkata tidak cukup dengan mendaftar ahli, kesetiaan kepada parti dan tidak terpengaruh dengan tawaran daripada parti lain juga adalah kunci utama untuk terus mendapatkan keyakinan rakyat.

“Jangan mudah terpengaruh dengan parti luar dan setialah berjuang dengan PBB dengan terus memainkan peranan dalam menarik keahlian parti.

“Antara usaha yang boleh dijalankan termasuk pendekatan dari rumah ke rumah serta menganjurkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,” katanya sempena program Retreat Dewan Undangan Negeri (DUN) Pantai Damai di Retreat & Training Centre, di sini hari ini.

Seramai 43 kepemimpinan bapa, wanita dan pemuda menyertai program itu.

Dr Abdul Rahman yang juga Menteri Muda Utiliti (Bekalan Elektrik), berkata kesetiaan ahli PBB DUN Pantai Damai amnya banyak menyumbang kepada kekuatan parti dalam pilihan raya negeri sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, berkata kemantapan jentera turut menjadi asas kepada kekuatan parti itu.

“Keyakinan ini adalah hasil daripada kerjasama jitu kepemimpinan parti peringkat cawangan dan ranting terutama dalam mendaftarkan ahli baharu serta meyakinkan masyarakat,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...