Cemburu, isteri tikam alat sulit kekasih gelap suami





SIBU: Seorang pelayan kedai kopi naik minyak sehingga melepaskan geram dengan menikam bahagian kemaluan 'rakan seks' suaminya dengan pisau di sebuah rumah sewa di Jalan Lajong pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa berusia 34 tahun mengalami pendarahan teruk apabila dipercayai ditikam sekali dengan pisau pemotong sayur di bahagian sulitnya di dalam bilik tidur pada pukul 9 malam.

Katanya, insiden tersebut berlaku apabila suspek, 46, mendapati suaminya, 28, seorang kelindan lori mempunyai hubungan sulit dengan seorang mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci. 

"Punca kejadian kerana suspek berasa panas hati dari mula lagi ketika si suami membawa mangsa datang ke bilik sewa mereka. Motif dipercayai dendam dan cemburu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mangsa dikejarkan ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan lanjut
Terdahulu, pihak polis bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat kejadian, mendapati mangsa sedang menahan kesakitan dan terbaring di lantai berlumuran darah.

Menurut Stanley, sebelum insiden itu suspek berpura-pura memberitahu suaminya bahawa dia boleh membawa perempuan simpanannya pulang rumah untuk berbincang baik-baik mengenai hubungan mereka bertiga.

Katanya, perangkap si isteri menjadi apabila 'orang ketiga' yang dinantikan, muncul di rumah dan ketika mereka berbual-bual si suami ada meminum bir dan arak.

"Mereka bertiga kemudian bersetuju untuk melakukan 'threesome' (hubungan seks bersama) di dalam bilik yang hanya diterangi cahaya daripada televisyen sahaja," katanya.

Polis melawat tempat kejadian
Ketika itu, katanya suspek kemudian telah keluar dan memberitahu suaminya bahawa dia mahu membuang air kecil.

Jelasnya lanjut, si suami kemudian turut melakukan seks dengan mangsa tetapi dia berhenti kerana tidak sedap hati dan berbaring di atas tilam di sebelah mangsa sambil muka menghadap ke arah dinding dan mahu tidur. 

"Tiba-tiba, mangsa mengerang sakit dan memberitahu suami suspek dia telah ditikam. Dalam masa yang sama, suspek terus keluar dari bilik dan melarikan diri," katanya.

Katanya lagi, si suami segera keluar dan meminta bantuan abangnya yang berada di dapur untuk mengejar suspek.

Polis dan pasukan perubatan tiba di lokasi

Suspek berjaya ditahan tidak jauh dari rumah dan dibawa pulang sehingga pihak polis yang dihubungi tiba sekitar pukul 9.30 malam.

Menurut Stanley, polis juga telah merampas sebilah pisau di tempat kejadian. 

Suspek kemudian ditangkap dan dibawa ke
Balai Polis Sentral bersama si suami untuk tindakan dan siasatan lanjut.
Siasatan awal polis, katanya mendapati suspek hanya berkahwin secara adat Iban dan tiada dokumen sah.

"Mereka telah tinggal bersama selama tujuh tahun dan tidak mempunyai anak manakala mangsa mempunyai suami yang bekerja di kem pembalakan di Kepulauan Solomon dan mempunyai empat orang anak, kesemuanya ditinggal di kampung," jelasnya lanjut

Difahamkan, mangsa kini sedang menerima rawatan dilaporkan stabil dan akan menjalani pembedahan.

Stanley menambah suspek akan direman dan kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera parah menggunakan pisau sebagai senjata untuk menyerang mangsa.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...