Orang awam bantu polis tangkap suspek pecah rumah




Suspek berjaya ditahan di kawasan semak ketika cuba melarikan diri

SIBU: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai terbabit dalam kes pecah masuk ke dalam sebuah rumah di Jalan Kiong Tuang di sini pada Ahad. 

Bertindak atas maklumat, pasukan polis yang tiba di kediaman itu untuk menjalankan siasatan mendapati suspek telah melarikan diri dari tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonatahan Ringgit berkata, bagaimanapun, pemeriksaan pada rakaman Kamerak Litar Tertutup (CCTV) mendapati suspek, 36, melarikan diri ke rumah sebelah yang tidak berpenghuni, dipercayai untuk bersembunyi.

"Polis di tempat kejadian bersama orang awam yang memberi maklumat kejadian pecah rumah memeriksa rakaman CCTV dan melihat suspek melarikan diri ke rumah kosong di sebelah.

"Polis dan orang awam berjaya mengejar dan menangkap suspek di semak di belakang rumah," katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Katanya, polis turut menjumpai beg yang mengandungi perkakas dipercayai untuk pecah rumah serta barang disyaki dicuri.

Antara barangan dirampas termasuk sebuah motosikal, pelbagai alat dan perkakas untuk pecah rumah serta sebuah beg hitam yang mengandungi pelbagai jenis jam tangan.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...