Maut kereta terbabas langgar pokok




Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas kereta dipandu merempuh sebatang pokok malam tadi.

BINTULU: Seorang lelaki menemui maut setelah kereta yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebatang pokok di Jalan Bintulu-Tanjung Kidurong, sekitar pukul 8.45 malam tadi. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, mangsa yang maut di lokasi kejadian dikenali sebagai Abu Bakar Yahya, 43, berasal dari Kampung Assyakirin. 

"Semasa kejadian, mangsa dikatakan sedang bergerak dari arah Tanjung Kidurong menuju ke Bandar Bintulu, sebelum terbabas ke sebelah kiri jalan dan merempuh sebatang pokok besar di tepi jalan," ujarnya. 

Pihak bomba katanya mengambil masa hampir satu jam mengeluarkan mangsa yang tersepit di celah-celah tempat duduk pemandu.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Rumah Mayat Hospital Bintulu. 

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...