JPA sahkan pelajar Malaysia meninggal di London


MUHAMMAD Hafiz Zainal. - UTUSAN ONLINE

PUTRAJAYA 26 Mac - Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengesahkan pelajar, Muhammad Hafiz Zainal yang ditemukan meninggal dunia di Hyde Park, London, semalam merupakan pelajar tajaannya dalam bidang kimia di Imperial College London (ICL).

JPA dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya telah menghubungi dan menziarahi keluarga pelajar terbabit dan menguruskan pemergian mereka ke London, dijangka berlepas esok.

“Selain itu, Pejabat Penasihat Latihan (PPL) JPA di London dengan kerjasama pihak Konsular Suruhanjaya Tinggi Malaysia London akan membantu dari segi urusan keluarga dan pengurusan jenazah pelajar tersebut.

“Pihak JPA juga ingin memohon semua rakyat Malaysia agar mendoakan arwah dan keluarganya diberikan kesejahteraan dan ketenangan. Al-Fatihah,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut laporan dailymail.com.uk, mayat seorang lelaki ditemui dalam tasik di Hyde Park dan polis menyifatkan kes itu sebagai kematian yang tidak dapat dijelaskan puncanya.

Allahyarham merupakan anak Pengarang Bersekutu Malay Mail, Zainal Epi. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...