Marah dikejutkan dari tidur, warga Indonesia serang anak buah isteri




 
LIMBANG: Hasrat seorang wanita untuk mengambil barang kepunyaannya di sebuah rumah sewa bertukar detik hitam apabila dicekik, ditumbuk dan dipukul menggunakan kayu oleh suami kepada ibu saudaranya pada petang Ahad.

Mangsa, 26, berasal dari Sibu pergi ke rumah sewa emak saudaranya di kawasan perindustrian Kubong untuk mengambil barang kepunyaannya sekitar 5 petang 

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata sebaik tiba, mangsa bertindak menggegarkan pintu pagar besi setelah mendapati pintu pagar besi dalam keadaan berkunci untuk mengejutkan penghuni rumah.

"Suspek yang juga suami kepada ibu saudaranya keluar dalam keadaan marah dan telah mencekik, menumbuk pipi serta telah memukul mangsa menggunakan kayu di rusuk kanan.

"Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada tindakan mangsa menggegar pintu pagar besi dan menyebabkan suspek tidak puas hati kerana dikejutkan dari tidur," katanya dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Mohd Bukhori kejadian itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan lebam di rusuk kanan dan sakit di pipi kanan. 

Katanya suspek 30, warga Indonesia berjaya dicekup beberapa jam kemudian iaitu sekitar 11.50 malam dan polis telah merampas sebatang kayu yang berukuran 34 inci panjang,

Kes akan disiasat di  bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan menggunakan senjata).-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...