Lelaki warga emas ditemukan mati di Stutong





KUCHING: Seorang lelaki warga emas yang dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak lewat petang semalam ditemukan mati di dalam parit di Jalan Stutong, di sini pagi tadi.

Difahamkan, mangsa,70 tahun kali terakhir dilihat oleh keluarganya pada pukul 6 petang dan terus hilang menyebabkan ahli keluarga terpaksa mencarinya sepanjang malam.

“Mangsa bagaimanapun ditemukan oleh keluarganya awal pagi tadi dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam parit dan terus menghubungi polis untuk bantuan.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” kata sumber.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk tindakan selanjutnya.-UtusanBorneo


No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...