KM rasmi Hab Inkubasi Usahawan Muda di Sibu



SIBU: Aturcara Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Zohari Tun Abang Haji Openg hari ini diteruskan dengan perasmian Hab Inkubasi Usahawan Muda bertempat di Hab Inkubasi Ruang Perniagaan dan Industri Cina Sibu (SCCI) petang ini.

Beliau yang tiba pada jam 2.00 petang diiringi oleh Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Sarawak (SCCI) Datuk Abang Abdul Karim Tun Openg dan Presiden Jawatankuasa Usahawan Muda dari Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Sibu (SCCCI) Dr. Renco Yong.

Dalam majlis itu juga, beliau turut menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan Usahawan Muda.

Turut hadir di majlis itu ialah Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidikan Teknologi, Dr Annuar Rapaee.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...