Diesel seludup bernilai lebih RM120,000 dirampas di Limbang




LIMBANG: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak merampas 57,800 liter diesel bernilai RM126,004 dalam satu operasi bersama Biro Mencegah Rasuah (BMR) Brunei semalam.

SPRM berkata, serbuan dilakukan di dua lokasi di Limbang yang dipercayai menjadi tempat menyembunyi serta menyimpan minyak diesel yang diseludup dan tidak memiliki sijil penyimpanan diesel.

“Turut dirampas ialah peralatan seperti pam minyak diesel bernilai RM9,6000 dan tujuh kenderaan pendaftaran Brunei iaitu lima buah(kenderaan) pacuan empat roda serta dua buah kereta, “katanya dalam satu kenyataan hari ini.

SPRM berkata, tujuh warga Brunei turut ditahan dalam serbuan tersebut dan telah diserahkan kepada BMR untuk tindakan selanjutnya namun identiti kesemua suspek tidak didedahkan.

“Siasatan masih dijalankan oleh SPRM dan BMR di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 dan Akta Pencegahan Rasuah (Penggal 131) Brunei,” katanya sambil menambah turut membantu dalam serbuan tersebut ialah pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna .– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...