Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac



PUTRAJAYA: Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan diumumkan 14 Mac ini.

Kementerian Pendidikan, dalam satu kenyataan hari ini, berkata calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

“Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

“Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2018 melalui mySMS 15888, yang akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 14 Mac dan akan ditamatkan pada jam 6 petang 20 Mac,” katanya.

Tambah kenyataan itu, tahun lalu seramai 421,706 calon mendaftar untuk menduduki SPM di 3,308 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu, 362,754 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; calon sekolah di bawah agensi kerajaan selain Kementerian Pendidikan (9,427 calon);
Selain itu, 8,160 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, Sekolah Menengah Agama Rakyat (2,059); calon sekolah swasta berdaftar dengan Kementerian Pendidikan (14,001) dan calon persendirian (25,305).

“Keputusan juga boleh disemak melalui laman sesawang Lembaga Peperiksaan (LP) di pautan sppat.moe.gov.my/semakan.

“Bagi calon SPM 2018 yang ingin mengambil SPM ulangan 2019 atau sebagai calon persendirian untuk 2019, pendaftaran dibuka bermula 14 Mac hingga 31 Mac ini. Pendaftaran boleh dibuat dengan melayari laman sesawang sppat.moe.gov.my,” katanya.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...