RM1.080 juta diperuntukan bagi membina lapan projek RTP di DUN Sebuyau



SEBUYAU: Sebanyak RM1,080,000 telah diluluskan bagi pembinaan 8 projek di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Menteri Muda Jalan Pesisir Sarawak YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi berkata kesemua projek ini merupakan projek di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2018 yang telah diluluskan pada tahun ini.

“Sebanyak 8 projek telah diluluskan dan kini sedang dilaksanakan di lapan buah kampung.

“Projek ini merangkumi 4 pembinaan baru Padang Futsal Kampung Tebelu, Kampung Jeragam, Kampung Ketimbong dan Kampung Lunying.

“Manakala, masing-masing satu Naik Taraf Dewan Masyarakat Entanggor, Naik Taraf Surau Darul Ehsan Kampung Baru Sebuyau, Bina Baru Tapak Penjaja Pekan Sebuyau dan Bina Baru Gelanggang Petanque Sebuyau,” katanya semasa ditemui selepas mengadakan lawatan tapak ke Projek RTP DUN Sebuyau, semalam.

YB Datuk Haji Julaihi bin Haji Narawi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau mahu agensi pelaksana Jabatan Kerja Raya memastikan kesemua projek tersebut dapat disiapkan mengikut tempoh masa dan jadual yang ditetapkan.

“Saya mahu kesemua projek ini dapat disiapkan mengikut masa dan jadual yang telah ditetapkan,” tambahnya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...