Kereta terbang untuk pantau ladang, pengangkutan awam - Redzuan




SHAH ALAM: Kementerian Pembangunan Usahawan menyasarkan penggunaan kereta terbang untuk kegunaan industri seperti pertanian serta pengangkutan awam.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Redzuan Md Yusof, berkata bagi industri pertanian, ia boleh digunakan untuk memantau ladang-ladang selain turut digunakan untuk menjaga keselamatan di sempadan negara.

“Saya rasa buat masa ini cukup jika kita sasarkan penggunaan kereta terbang untuk industri terlebih dahulu kerana masyarakat masih belum boleh menerima teknologi itu.

“Ia juga bukan teknologi yang baru sebaliknya sudah dibangunkan oleh negara-negara maju. Justeru, kita juga perlu seiring dengan kemajuan teknologi dunia agar kita tidak ketinggalan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Karnival Usahawan Muda Selangor di Stadium Malawati, di sini.

Beliau berkata, prototaip kereta terbang dijangka siap seawal-awalnya Jun ini dan kos penghasilan prototaip itu tidak melebihi RM1 juta selain ia dibiayai oleh pihak swasta.

Semalam, ketika di Melaka, Redzuan dilaporkan berkata, kereta terbang yang bakal direalisasikan kerajaan tahun ini hanya untuk kegunaan industri pengangkutan dan bukan untuk dijual kepada orang awam.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Mohd Redzuan turut menyeru usahawan muda membina budaya keusahawanan dalam diri mereka seiring dengan matlamat kerajaan menjadi negara usahawan menjelang 2020.

Katanya, budaya itu perlu diterapkan dalam setiap diri usahawan muda agar bakat keusahawanan dalam diri mereka dapat dikembangkan.

“Jika kita bersungguh-sungguh untuk menterjemahkan cita-cita negara keusahawanan seperti yang dibentangkan dalam belanjawan negara pada tahun lalu, maka kita mestilah komited membina budaya usahawan yang jitu.

“Kita tidak boleh meminggirkan kepentingan bakat keusahawanan dalam kalangan generasi muda,” katanya.

Beliau berkata, usahawan juga perlu membina jaringan perniagaan seluas mungkin selain mencipta potensi baharu dalam perniagaan.

Katanya, langkah itu akan membuka ruang kepada usahawan muda untuk lebih maju dan berdaya saing sekali gus keluar daripada kelompok B40.

“Kementerian juga akan memberi sepenuh komitmen untuk memperbaiki suasana menerusi dasar keusahawanan yang tuntas dan lebih mesra kepada usahawan muda,” katanya.BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...