PH semakin kurang popular, kata penganalisis politik



KUALA LUMPUR: Keputusan PRK Semenyih menandakan  Pakatan Harapan (PH) semakin kurang popular dalam kalangan Melayu, bukan sahaja di luar bandar tetapi juga di bandar, kata pensyarah kanan sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Muhammad Nadzri Mohamed Noor.

Menurut beliau, DUN Semenyih ialah kawasan pinggiran bandar, dan PH mendominasi kawasan seperti ini dalam PRU-14, kebanyakannya dengan menyusur arus ketidakpuastian rakyat terhadap isu salah tadbir dan ekonomi pentadbiran bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

“Menjanjikan Malaysia Baharu yang lebih maju dan merakyat, PH setakat ini masih belum berjaya merealisasikan retorik itu.

Meskipun terdapat beberapa usaha pembaharuan yang baik, khasnya reformasi institusi, tetapi isu sebenar, iaitu kos sara hidup masih gagal ditangani dengan berkesan,” katanya dalam satu analisis.

Ujarnya, meskipun kurang adil kepada PH untuk menyelesaikan isu ini dalam masa yang singkat dengan sumber yang sangat terhad, namun pada rakyat marhaen itu bukan persoalannya.

“Kebanyakan mereka sudah lama bersabar dengan pelbagai janji pemimpin sejak PRU 2008 lagi,’ katanya lagi.

Penganalisis politik itu berkata, kerjasama BN-PAS sekali lagi memperlihatkan kemantapan dalam mempengaruhi undi Melayu.

“Kerjasama ini telah merubah dan mempertahankan sistem dua parti gabungan. Kali ini, permuafakatan ini turut dibantu oleh MCA dan MIC, satu perkembangan yang baik.

Kerjasama ini, sekali lagi juga memperlihatkan PH bukanlah parti yang terlalu kuat, tetapi boleh dicabar dengan strategi yang ampuh,” katanya.

Beliau berpendirian, PRK Semenyih juga membuktikan bukan PH atau BN+PAS yang merajai politik tanah air lewat ini, tetapi rakyat marhaen yang semakin bijak dan pragmatik dalam membuang undi.

“Persaingan dalam PRK Rantau dan seterusnya nanti PRU-15 adalah, dengan perkembangan di Semenyih, masih terbuka.

Kelebihan PRK Rantau adalah kepada BN buat masa ini. Saya berharap PH boleh memberi cabaran sengit terhadap BN di sana nanti,” katanya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...