Kanak-kanak terkunci dalam kereta diselamatkan




TERKUNCI: Anggota bomba berusaha mengeluarkan dua kanak-kanak dari dalam kereta di Sarikei petang kelmarin.

SARIKEI: Dua kanak-kanak terkunci dan terperangkap dalam sebuah kereta di Jalan Masjid Al-Mutaqqin di sini petang kelmarin berjaya diselamatkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei.

Dalam situasi itu, anggota bomba diketuai Pegawai Bomba Kanan II (PBKII) Haron Jenai dengan bantuan orang awam berjaya membuka pintu kereta terbabit dalam tempoh 15 minit.

Pemangku Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Salim Hussien berkata ketika kejadian terdapat dua kanak-kanak berusia satu tahun dan empat bulan dalam kereta terbabit.

“Kejadian ini berlaku sekitar jam 5.30 petang. Pintu berjaya dibuka dalam tempoh 15 minit dan mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.

“Sebaik sahaja kedua-dua kanak-kanak terbabit berjaya dikeluarkan mereka diserahkan kepada bapa mereka,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...