Kerajaan Sarawak Sedia Bekerjasama Dengan Kerajaan PH Demi Kepentingan Sarawak






SPAOH: Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata ia adalah untuk kepentingan keseluruhan pembangunan dan kemajuan Sarawak.

“Tetapi jika dasar mereka buruk bagi kami, kami akan menolak,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Komuniti Spaoh yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari menambah lagi, Sarawak adalah sebuah negeri yang diperintah pemimpin dan parti tempatan.

“Dengan cara ini kita dapat melaksanakan dasar pembangunan dan perancangan kita dengan gangguan minimum sebagaimana yang kita lalui dahulu dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ini kerana dasar kerajaan GPS sentiasa memberi keutamaan kepada Sarawak dan rakyatnya. -Utusan Borneo Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...