Jangan jual atau tutup MAS – Najib



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak meminta kerajaan agar tidak menjual atau menutup Malaysia Airlines Bhd (MAS).
Bekas perdana menteri itu berkata, MAS adalah kebanggaan negara dan ia mesti terus menjadi syarikat penerbangan kebangsaan.

“Tidak mengapa jika kita ada syarikat penerbangan lain. MAS masih syarikat penerbangan kebangsaan. Ini adalah kebanggan negara dan kita tidak boleh gantikannya dengan yang lain. Hampir kesemua negara ada syarikat penerbangan kebangsaan sendiri,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Najib berkata, ketika beliau merupakan Pengerusi Khazanah Nasional (Khazanah), MAS sedang dalam pelaksanaan pelan pemulihan dan ia memerlukan lebih sedikit masa, untuk dipulihkan.

“Kita ada pelan menyelamat, pelan pemulihan. Kita laksanakan VSS (Skim Pemisahan Sukarela), kita kurangkan jumlah kakitangan MAS, dan kita mahu hentikan laluan yang tidak menguntungkan.

Tetapi saya rasa syarikat penerbangan ini juga terjejas dengan penurunan jumlah kedatangan pelancong, terutamanya dari China.

“Ia perlukan sedikit lagi masa, dan sebab itu tidak ada sebab MAS dijual atau pun ditutup. Ia akan menjadi satu keputusan yang silap dan tentunya rakyat tidak akan menyokongnya,” katanya.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Tun Dr mahathir Mohamad berkata, kerajaan kini sedang mempertimbangkan beberapa pilihan yang ada mengenai masa hadapan MAS.

MAS diswastakan di bawah Khazanah, mengalami kerugian lebih kecil tahun lepas disebabkan beberapa faktor termasuklah kekurangan kakitangan pada suku tahun kedua 2018.– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...