Kuching catat kes denggi tertinggi



KUCHING: Bahagian Kuching mencatatkan kes tertinggi jangkitan denggi di Sarawak, dengan 119 kes direkodkan sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.

Ia diikuti Sibu dengan 35 kes, Betong (30 kes), Serian (27 kes), Miri (25 kes), Kapit (23 kes), Sarikei (17 kes), Bintulu (12 kes), Sri Aman (10 kes), Samarahan (8 kes), Limbang (6 kes) dan Mukah, dua kes.

Pengarah Kesihatan Sarawak, Dr Jamilah Hashim, berkata kes denggi di negeri ini menunjukkan peningkatan sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Keseluruhannya, 314 kes direkodkan di seluruh negeri berbanding 89 kes dilaporkan bagi tempoh sama tahun lalu. Ia juga dilaporkan mula menular di Kampung (Kg) Pusa, Betong, selain Kg Tengah Pusa dan Kg Hilir Pusa.

“Sebanyak sembilan kes dilaporkan di kawasan itu, dengan tujuh kes di Kg Tengah Pusa, manakala dua kes dilaporkan di Kg Hilir Pusa seperti yang tular di laman sosial,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, usaha menangani jangkitan denggi adalah tanggungjawab bersama yang memerlukan penyertaan pelbagai pihak, termasuk masyarakat.

“Malah, orang ramai perlu memastikan kawasan persekitaran dalam dan luar rumah sentiasa bersih serta bebas daripada pembiakan nyamuk aedes,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...