Beberapa tempat di Sarawak bakal hadapi kekurangan air ekoran kemarau


KUCHING: Pihak Jabatan Meteorologi telah mengesahkan bahawa beberapa tempat di Sarawak bakal menghadapi kekurangan air ekoran kurangnya litupan awan dan musim kemarau.


Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, perkara berkenaan sekaligus menyebabkan taburan hujan di sekitar tempat berkenaan menjadi rendah.


Sehubungan itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, menambah pihaknya mengambil kira amaran berkenaan dengan melancarkan langkah awal iaitu memberitahu pihak pejabat residen di tempat-tempat berkenaan agar memberi taklimat kepada rakyat mengenai kesiapsiagaan mereka.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Post-Morterm JPBN Sarawak di Kuching pagi tadi.

Justeru, beliau menegaskan bahawa masalah berkenaan haruslah ditangani dengan penglibatan semua pihak berkuasa kerana masalah kekurangan air ini merupakan satu masalah yang serius serta melibatkan permasalahan rakyat.

Dalam pada itu beliau telah mengarahkan sekreteriat JPBN untuk memaklumkan pihak pejabat residen bahawa masa tindak balas selepas menerima setiap aduan rakyat adalah tidak melebihi daripada 6 jam.SV

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...