Hina Nabi Lelaki dari Bau dikenakan hukuman 10 tahun, 10 bulan



KUALA LUMPUR: Pemilik akaun Facebook Ayea Yea, Alister Cogia, 22, yang berasal dari Singai, Bau dikenakan hukuman paling berat atas kesalahan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Hukuman penjara 10 tahun 10 bulan itu dijatuhkan Mahkamah Seksyen Kuching.

Dia mengaku bersalah terhadap 10 pertuduhan masing-masing lima pertuduhan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKMM) 1998, lapor Mingguan Malaysia.

Bagi pertuduhan di bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan, Alister dijatuhi hukuman penjara dua tahun bagi setiap pertuduhan atau jumlah keseluruhannya 10 tahun manakala untuk pertuduhan mengikut Seksyen 233 AKMM 1998, dia didenda RM10,000 bagi setiap pertuduhan atau nilai ke­seluruhannya RM50,000.

Gambar Orang Awam

Bagaimanapun, dia  gagal membayar denda RM50,000 tersebut dan dikenakan tambahan 10 bulan penjara.
Mahkamah juga mengarahkan hukuman penjara itu dijalankan secara berasingan.

Terdahulu, individu itu  memuat naik komen berunsur menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW di Facebook pada pukul 7.11 petang pada 9 Februari, 10 Februari (12.56 pagi), 14 Februari (1.28 pagi) 24 Februari (10 malam dan 10.05 malam sebelum) ditahan di sebuah rumah di Singai pada 3 Mac lalu kira-kira pukul 12.15 pagi.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, pihaknya turut memfailkan pertuduhan terhadap tiga lagi pemilik akaun media sosial semalam atas kesalahan sama.

Menurut beliau, kesemua tertuduh menghadapi pertuduhan mengikut Seksyen 298A dan 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 AKMM 1998.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...