Najib Dulu PH kata Grab milik Rosmah, kini milik Anthony pula



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak cuba membersihkan nama isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor yang sebelum ini didakwa memiliki syarikat e-hailing, Grab.


“Kalau  benar bahawa Grab adalah milik isteri saya, mengapa menteri-menteri PH nak berkerjasama serta memuji Grab?

“Sebelum PRU14, PH kata Grab ialah Rosmah punya. Selepas PRU14, PH kata Grab ialah Anthony Tan punya,” katanya melalui statusnya di laman Facebook pada Ahad.

Katanya lagi, fitnah terhadap Rosmah mungkin timbul apabila beliau mencadangkan kepada Khazanah Nasional untuk melabur dalam Grab ketika mereka baru bermula.

Anthony Tan ialah pemilik Grab.

“Bagaimanapun, selepas membuat penilaian, Khazanah tidak membuat pelaburan dalam Grab dan saya tidak meneruskan lagi kerana saya menghormati pendirian mereka.

“Sudah tentu, Khazanah kesal sekarang kerana syarikat Grab kini sudah bernilai AS$11 bilion (RM46 bilion),” ujar Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...