Flexi Parking di kawasan DBKU



KUCHING: Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) merancang melaksanakan aplikasi
‘Flexi Parking’ iaitu sistem bayaran tempat letak kereta pintar.

Ia menggunakan aplikasi telefon mudah alih sebagai kaedah alternatif serta menambah baik sistem pengurusan tempat letak kereta.

Datuk Bandar Kuching Utara, Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai berkata, penggunaan aplikasi itu akan memudahkan warga kota membayar saman tanpa perlu ke kaunter DBKU.

“Kita akan melihat kaedah dan teknologi baharu yang akan memudahkan warga bandaraya membayar saman dengan menggunakan aplikasi.

“Ini masih lagi dalam proses pelaksanaan kita bagi penambahbaikan perkhidmatan kepada masyarakat,” katanya ketika melancarkan Sistem Letak Kereta Berkupon (SLKB) Baharu 2019, di sini hari ini.

Sementara itu, Abang Wahap berkata, sebanyak lima lokasi baharu SLKB milik DBKU dikuatkuasakan bermula semalam.

“Antara lokasi itu ialah Jalan Kulas (Bank Islam Cawangan Satokdan belakang bangunan Zecon), Jalan Green (D’Airiz Cafe dan The Pet Zone), Jalan Nanas Barat (Pasaraya UNACO), Jalan Sungai Maong Hilir (Lot 5991 dan 5992, Blok 207) dan Jalan Astana (Pasaraya UNACO),” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...