England belasah Republik Czech



RAHEEM Sterling selepas menjaringkan gol ketika England menentang Republik Czech pada kempen kelayakan, awal pagi tadi. - Foto AFP

LONDON: Raheem Sterling menjaringkan hatrik ketika England memulakan saingan dalam apa yang diharapkan mereka seperti laluan kembali ke Wembley untuk final Euro 2020 dengan kemenangan besar 5-0 mengatasi Republik Czech pada kempen kelayakan, awal pagi tadi.

Harry Kane juga menemui sasaran daripada penalti ketika England membawa rentak sama ketika mara ke separuh akhir Piala Dunia dan layak ke kelompok empat terakhir Liga Negara ke kempen kelayakan Eropah mereka.

England kini mendahului Kumpulan A menjelang kunjungan awal pagi Selasa ini ke Montenegro, yang seri 1-1 di Bulgaria.

Jadon Sancho ialah seorang lagi anggota tambahan skuad kendalian Gareth Southgate sejak kebangkitan skuad Three Lions di Russia dan diberikan permulaan dalam kesebelasan utama buat kali pertama dalam aksi kompetitif antarabangsa.

Pemain berusia 18 tahun yang menyerlah di Bundesliga buat Borussia Dortmund musim ini memberikan penyokong England lebih keseronokan dengan tambahan kepada Sterling dan Kane yang kini berada di puncak.

Sterling hanya menjaringkan dua gol dalam 45 kaps pertamanya namun pemain sayap Manchester City itu kini mengumpul lima gol dalam tiga penampilan terakhir England ketika dia sudah matang pada peringkat antarabangsa.

Satu lagi gol England dijaringkan sendiri pemain Republik Czech, Tomas Kalas yang menyepak ke gawang sendiri pada penghujung permainan. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...