DUN lama naik taraf persembahkan seni



KUCHING: Bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) lama yang bakal dinaik taraf akan menjadi pusat persembahan seni dilengkapi aplikasi untuk mempromosi produk asli Sarawak.


Ketua Menteri berkata, aplikasi tersebut akan dapat juga digunakan untuk mempromosikan produk sehingga ke pasaran antarabangsa bagi meraih pasaran yang lebih luas.

“Kita akan tingkatkan prasarana digital dalam usaha mempromosikan e-dagang,” kata Datuk Patinggi Abang Johari dalam satu majlis di sini, Sabtu.

“Penghasilan dan rekaan produk di Sarawak dapat dipromosikan dan dipasarkan ke peringkat global,” jelasnya.

Sehubungan itu, jelasnya, aplikasi berkenaan akan digunakan untuk mempromosikan rekaan fesyen.

Ujarnya, ramai pereka fesyen dan model peragaan di Sarawak serta bertaraf antarabangsa.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...