18 Ahli Parlimen GPS akan sokong kembalikan status Sarawak



KUCHING: Ketua Menteri semalam berkata Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyokong pindaan perlembagaan berkaitan Artikel 1(2) dalam persidangan dewan Rakyat akan datang.


Persidangan akan berlangsung mulai Isnin ini hingga 20 April.

Pindaan tersebut akan mengembalikan status Sabah, Sarawak dan Semenanjung ke kedudukan asal, dengan kedua-dua negeri terbabit sebagai rakan kongsi sama.

“Sudah pasti kita akan beri sokongan bagi pindaan ini, sesuatu yang telah lama kita tunggu untuk kerajaan persekutuan umumkan,” katanya di sini semalam.

Katanya, GPS sudah pasti akan memberi sokongan terhadap pindaan itu.
Gambar fail

Ketika ini GPS mempunyai 18 Ahli Parlimen selepas Ahl Parlimen Sri Aman, Datuk Masir Kujat keluar Parti Rakyat Sarawak (PRS), dan menyertai Parti Sarawak Bersatu (PSB) Khamis lalu.

“Ahli Parlimen GPS sudah pasti akan memberi sokongan, kerana ia merupakan sesuatu yang menjadi tuntutan kita selama ini,” jelasnya lagi.

Usaha mengembalikan status asal Sabah dan Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 dijangka menjadi tumpuan utama persidangan pertama mesyuarat penggal kedua Parlimen ke-14, bermula Isnin.

Ini susulan pengumuman Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong, Jumaat lalu, bahawa kerajaan pada mesyuarat Kabinet Rabu lepas bersetuju meminda Perkara 1(2) Perlembagaan Persekutuan bagi tujuan berkenaan.

MA63 yang membawa kepada penubuhan Malaysia pada 16 Sept 1963, mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu yang mempunyai hak sama rata dengan Malaya.-SarawakVoice

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...