Dua rumah di Tambirat Hilir terbakar





Anggota bomba memadamkan kebakaran di Kampung Tambirat.

KOTA SAMARAHAN: Dua buah rumah di Kampung Tambirat Hilir, Jalan Asajaya di sini musnah dalam kebakaran yang dilaporkan berlaku sekitar jam 3.49 petang hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata sebuah daripada rumah tersebut musnah sepenuhnya dan sebuah lagi terbakar 15 peratus struktur bangunan.

“Operasi pemadaman terus dilakukan sehingga api berjaya dikawal dan padam sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya api berjaya dikawal pada jam 4.08 petang dan sehingga berita ini ditulis difahamkan operasi pemadaman masih dilakukan.

Bagaimanapun tiada sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.
Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan Unit Forensik Kebakaran JBPM Sarawak.-UtusanBorneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...