Ganja diteliti untuk kajian klinikal kesihatan

KUALA LUMPUR 27 Mac - Kementerian Kesihatan sedia meneliti dan mempertimbangkan supaya ganja diberikan ruang untuk kajian klinikal bagi menilai keberkesanan tumbuhan itu untuk merawat penyakit tertentu.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, fokus itu hanya untuk tujuan perubatan dan bukannya dalam aspek penanaman.

Namun dimaklumkan, keputusan sama ada mahu menerima ganja itu atau tidak adalah bergantung kepada hasil ujian klinikal yang dijalankan.

"Saya boleh sebutkan secara ringkasnya, bahawa kementerian dalam perbahasan pada waktu yang lain, telah meneliti dan mempertimbangkan marijuana kesihatan dan kanabis (ganja) ini untuk diberikan segala ruang untuk dibuat kajian klinikal.

"Tetapi ini bukan soal penanaman, itu hal lain. Tetapi atas isu serta atas matlamat rawatan perubatan dan kesihatan.

Sememangnya ada ruang untuk kita mendapat keizinan untuk kementerian untuk dilakukan bagi mengesahkan keberkesanannya dalam rawatan penyakit tertentu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab Perbahasan Titah Diraja Kementerian Kesihatan dalam Sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Ia bagi menjawab soalan daripada Ahmad Amzad Mohamed@Hashim (Pas-Kuala Terengganu) yang bertanyakan berhubung pengiktirafan ganja dalam kaedah perubatan.-UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...