2 maut, 3 cedera kenderaan berlanggar

Keadaan Toyota Hilux yang terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta Proton Persona di Kampung Sepupuk, Niah, Miri. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat



MIRI: Dua wanita maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan di Kampung Sepupuk, Niah, di sini, pagi tadi.

Nahas pada jam 7.15 pagi itu membabitkan dua kenderaan jenis Proton Persona dan Toyota Hilux.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, kedua-dua mangsa berusia 37 dan 42 tahun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Klinik Kesihatan Batu Niah.

Keadaan kereta Proton Persona yang terbabit dalam kemalangan dengan Toyota Hilux di Kampung Sepupuk, Niah, Miri. - Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.19 pagi sebelum tujuh anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Miri dikejarkan ke lokasi.

“Setiba di tempat kejadian, didapati semua mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Batu Niah.

“Dua lelaki yang menaiki Proton Persona dan seorang lelaki memandu Toyota Hilux cedera ringan serta mendapat rawatan di klinik sama,” katanya.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...