Lelaki ditetak hingga putus tangan di Kabong




SEORANG lelaki berbangsa cina putus tangan akibat ditetak oleh seorang suspek lelaki yang bersenjatakan parang.

Menurut sumber suspek lelaki tersebut adalah seorang penduduk tempatan.

Kejadian yang berlaku pada malam semalam (10.03.2019) di sebuah lot kedai di Pekan Kabong turut menggemparkan orang ramai.

Suspek yang melarikan diri setelah insiden berdarah tersebut bagaimanapun telah berjaya diberkas oleh pihak polis. Motif dan punca kejadian masih lagi dalam siasatan.



No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...