Tiga suspek pengganas dicekup di Serian bulan lalu



-KUCHING: Seorang lelaki rakyat Mesir dan dua rakyat tempatan, termasuk seorang wanita dicekup pasukan Counter Terrorist Cawangan Khas pada 2 Februari lalu kerana disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas.


Mereka merupakan sebahagian daripada sembilan individu yang ditahan pasukan tersebut di seluruh negara, pada awal bulan lalu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Fuzi Harun.

Menurutnya, tangkapan dilakukan hasil maklumat yang dikongsikan pelbagai agensi risikan antarabangsa.

“Ketiga-tiga suspek yang berusia 20 hingga 54 tahun ditahan kerana disyaki menyembunyikan maklumat tentang kehadiran operatif Ansar Al-Shariah An-Tunisia yang transit di Malaysia.

“Mereka juga disyaki melindungi mereka dengan menjadi fasilitator menyediakan tempat tinggal, mencari pekerjaan dan membeli tiket kapal terbang,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Fuzi memberitahu, tangkapan kedua dilakukan di Setapak, Kuala Lumpur pada hari yang sama melibatkan seorang lelaki warga Mesir berusia 42 tahun yang bertugas sebagai tenaga pengajar sebuah sekolah agama.

“Mengaku sebagai ahli Ikhwanul Muslimin, suspek ditangkap kerana bertindak sebagai fasilitator yang menyediakan penginapan kepada dua anggota Ansar Al-Shariah Al-Tunisia yang menyusup masuk ke negara ini pada Oktober tahun lalu.

“Siasatan awal turut mendapati suspek ada kaitan dengan dua suspek Islamic State dan Al-Qaeda yang ditangkap pada tahun lalu di Kuala Lumpur.

Satu lagi tangkapan pada hari yang sama dilakukan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur terhadap seorang lelaki Mesir berusia 24 tahun, pelajar IPT di Lembah Klang.

Menurut Ketua Polis Negara, tangkapan lain melibatkan seorang suspek di Seri Kembangan, Selangor (warga Mesir, 28,); Kuala Lumpur (warga Mesir, 21; warga Tunisia, 22) dan Ampang, Selangor (warga Mesir, 50).

Hasil siasatan katanya, mendapati kelompok pengganas asing ini cuba menjadikan Malaysia sebagai ‘pangkalan selamat’ iaitu destinasi transit dan pangkalan lojistik.

“Modus operandi mereka adalah menggunakan dokumen palsu atau sah dan berkahwin dengan rakyat tempatan untuk memperoleh ‘spouse visa’.

“Kelompok ini turut mengeksploitasi kemudahan pengajian dan menjalankan perniagaan.

Tegas Fuzi, pihaknya memandang serius trend terbaharu ini, yang berlaku susulan kekalahan Islamic State di Syria dan Iraq.

“Kehadiran kelompok pejuang pengganas ini boleh menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk menyerang negara ketiga atau melancar serangan di Malaysia.

Kesemua suspek ditahan di bawah Bab VIA – Kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Akta 747).

Kesemua suspek katanya, telah diusir ke negara asal sebagai langkah keselamatan pada 5 Mac dan dicadangkan untuk disenarai hitam daripada memasuki negara ini seumur hidup.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...