Wisma Putra sedia beri khidmat nasihat untuk pencari kerja di luar negara





SEPANG, 17 Feb (Bernama) -- Wisma Putra bersedia memberi khidmat nasihat kepada rakyat Malaysia yang mendapat tawaran kerja di luar negara supaya tidak tertipu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Muhammad Shahrul Ikram Yaakob.

Beliau berkata rakyat Malaysia yang ditawarkan kerja di luar negara dinasihatkan untuk melakukan semakan dengan Kedutaan Malaysia di negara berkenaan sebelum menerima tawaran kerja itu.

"Kita boleh bantu melakukan semakan terhadap tawaran yang diberi,” katanya, supaya kejadian 47 rakyat Malaysia yang ditahan di penjara Kemboja akibat penipuan pekerjaan tidak berulang.

Beliau ditemui ketika menyambut kepulangan empat dari 47 rakyat Malaysia yang dibebaskan pihak berkuasa Kemboja pada Jumaat lepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini hari ini.

Pembebasan mereka pada hari ke-65 ditahan tanpa bicara di Penjara Wilayah Banteay Mancheay di utara Phnom Penh itu adalah susulan rundingan antara kerajaan Malaysia-Kemboja, selain bersandarkan elemen kemanusiaan serta keutuhan hubungan kedua-dua negara.

Muhammad Shahrul Ikram bersyukur kesemua rakyat Malaysia dapat dibebaskan dan pulang ke tanah air.

"Apa yang penting semuanya telah selesai," katanya.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...