Datuk Otsman Hassan, Datuk Ahmad Marican wira bebaskan tahanan Malaysia di Kemboja — Fatimah



(wartawan New Sarawak Tribune yang melapor dari Siem Riep, Kemboja)

SIEM RIEP:  Terima kasih Datuk Otsman Hassan dan Datuk Ahmad Marican!
Itu kata ketua rombongan Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Seri Fatimah Abdullah hari ini susulan pembebasan 47 rakyat Malaysia dari penjara Banteay Meanchey semalam.
Mereka berdua memainkan peranan penting dalam usaha pembebasan ini, selepas kelompok ini ditahan sejak 11 Disember lalu.
Ahmad merupakan Presiden NGO Antarabangsa di Asia Tenggara yang pernah tinggal lebih 20 tahun di Kemboja dan mempunyai hubungan yang baik dengan Otsman yang merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Kemboja.
“Kami amat menghargai usaha anda berdua dan berharap usaha atas Lillahi Taala ini akan mendapat ganjaran sewajarnya.
“Kami menjemput Datuk berdua datang ke Sarawak,” katanya lagi sambil menerima tepukan daripada kesemua warga Malaysia yang dibebaskan.
Otsman dalam ucapannya sebelum itu menceritakan beliau terpaksa mengharungi perjalanan darat yang panjang dari Siem Riep ke Phnom Penh sejurus mengadakan perbincangan dengan rombongan dari Kerajaan Sarawak.
“Kami tiba di rumah sekitar jam 2 pagi, sebelum berjumpa dengan beberapa menteri pada awal pagi bagi merundingi pembebasan.
“Ia diikuti dengan perbincangan pada sebelah malamnya dengan Perdana Menteri Hun Sen pada Majlis meraikan 60 tahun persahabatan Kemboja-Indonesia,” tambahnya lagi.
Katanya, isu ini tidak dapat dilengahkan, menjadi punca mereka berbincang pada waktu majlis itu berlangsung, dan bukan di meja mesyuarat.

Beliau mengakui hubungan di antara kedua-dua negara; Malaysia dan Kemboja agak erat dan ini membantu ke arah keputusan tersebut.
Sementara itu, selain menghargai kepimpinan Kemboja, Fatimah turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad; Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg atas dedikasi dan kesungguhan mereka membantu usaha pembebasan ini.
“Tidak lupa Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, staf kedutaan Malaysia dan Wisma Putra serta beberapa Ahli Parlimen,” tambahnya lagi.

Rombongan dijangka terbang dengan pesawat sewaan ke Kuching pada Isnin.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...