Bekas wakil rakyat buat laporan polis, nafi hantar pekerja ke Kemboja




 
SIBU: Seorang bekas wakil rakyat tampil membuat laporan polis hari ini berhubung satu mesej tular dalam media sosial yang mendakwanya terlibat dalam sindiket menghantar 47 pekerja Malaysia ke Kemboja.

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, pengadu, 71, membuat laporan polis di Balai Polis Ulu Lanang pada pukul 11.56 pagi.

"Pengadu memberitahu mesej tular itu memburukkan dan menjatuhkan imejnya sebagai bekas wakil rakyat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pengadu menyedari mengenai kewujudan mesej tular itu selepas dikirim oleh anak lelakinya menerusi WhatsApp.

Lelaki itu pada masa sama menegaskan bahawa beliau tidak ada kena mengena dengan sindiket penghantara pekerja ke Kemboja dan mahu tindakan tegas diambil ke atas pihak yang membuat tuduhan tersebut. 

Katanya, pengadu membuat laporan polis untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.
Polis sedang menyiasat.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...