Wanita cemas disamun, barangan kemas dilarikan




SARIKEI: Seorang wanita melalui detik cemas apabila disamun lelaki bersenjatakan pisau dalam sebuah kedai pakaian di Jalan Masjid, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Sarikei Superintenden Awang Arfian Awang Bujang berkata seorang lelaki bertopi masuk ke dalam premis itu dan mengacukan pisau ke arah pelanggan kedai berkenaan sebelum merampas barang kemas miliknya.

"Setelah selesai menyamun mangsa, lelaki terbabit telah melarikan diri  dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang rakan suspek.

"Siasatan awal mendapati kereta yang digunakan suspek dalam rompakan tersebut adalah menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mengenai rompakan di kedai tersebut turut tular dalam media sosial.

Menurut Awang, pihak polis sedang berusaha untuk menjejaki dua suspek yang terlibat dalam kes tersebut.

"Sehubungan dengan itu, kita memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian tersebut, tampil untuk menyalurkan maklumat kepada pihak polis berhampiran.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun menggunakan senjata.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...