Tentera dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan miliki wang palsu


 


SIBU: Seorang anggota tentera dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 55 keping wang kertas palsu.

Bagaimanapun tiada pengakuan diambil daripada tertuduh, Abdul Shahmi Shafiq, 28 tahun selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Mahkamah Rendah, Romme Ahmad Zaidi.

Mahkamah menetapkan 26 Februari ini bagi sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh bebas dengan ikat jamin RM2,000 dengan dua orang penjamin.

Mengikut pertuduhan, Shahmi didakwa memiliki 55 keping wang kertas palsu yang berjumlah RM4,000  pada 15 Februari 2019, kira-kira jam 9.46 malam di sebuah bank Jalan Kampung Nyabor.

Bagi pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang telah berkhidmat selama tujuh tahun dalam angkatan tentera, ditahan pada 16 Februari lalu selepas membuat laporan polis membabitkan pengeluaran wang kertas palsu. 

Siasatan polis mendapati tertuduh menipu dengan mengatakan telah mengeluarkan wang palsu RM4,000 dari mesin ATM di sebuah bank di Jalan Kampung Nyabor pada 15 Februari. 

Setelah membuat pengeluaran wang tersebut, tertuduh telah menyerahkan wang kepada tunangnya sebagai perbelanjaan untuk persiapan perkahwinan mereka yang dijadualkan pada 30 Mac depan. 

Tunangnya yang curiga dengan keaslian wang itu kemudian memberitahu keluarganya dan tertuduh dinasihati agar membuat laporan polis.

Namun tindakannya itu mengundang padah dan tertuduh mendedahkan telah mencetak wang RM4,000  menggunakan mesin pencetak pada awal Februari ini.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...