Ibu muda kerap lari ikut teman lelaki


 


LIMBANG: Seorang ibu tidak keruan selepas anak remaja bersama bayinya berusia tiga bulan melarikan diri  dipercayai mengikut teman lelaki sejak 7 Februari lalu.

Menurut ibu mangsa 32,  kehilangan anaknya itu yang berusia 16,  disedari jam 5 pagi sebaik menyedari ketiadaan anak dan cucunya di sebuah rumah di jalan Pandaruan.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata  mangsa  kerap melarikan diri mengikut teman lelakinya sebelum ini.

"Mangsa dan bayi perempuannya berusia tiga bulan dipercayai melarikan diri mengikut teman lelakinya dan gagal dihubungi kerana tidak menggunakan telefon bimbit,"katanya hari ini.

Beliau berkata telefon bimbit teman lelaki mangsa juga tidak dapat dihubungi namun pihaknya berjaya mengesan tempat tinggal lelaki terbabit bersama kakaknya di sebuah kampung di pesisir sungai di sini.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...