Kubur dirosakkan lelaki tidak siuman




ANTARA kubur yang dirosakkan lelaki kurang siuman. FOTO BH Online

LELAKI dipercayai kurang siuman bertindak merosakkan kubur di sebuah tanah perkuburan di Jalan Bintulu - Miri di Bintulu sehingga mencetuskan rasa kurang senang penduduk setempat.

Hasil pemeriksaan mendapati sekurang-kurangnya 10 kubur rosak dalam kejadian berkenaan.

Lelaki terbabit tidak hanya memecahkan batu nisan, malah turut merosakkan binaan lain, termasuk atap dan monumen di kawasan perkuburan itu.

Penduduk, Azeni Mathew, 29, berkata dia terkejut apabila sampai di kawasan kubur pada jam 9 pagi dan mendapati kubur mendiang bapanya sudah dirosakkan.

“Saya mendapati beberapa kubur bersebelahan turut dirosakkan oleh lelaki tidak siuman itu,” katanya.

Difahamkan, ada sebuah keluarga datang menziarahi kubur mendiang ibu mereka namun bertempiaran lari selepas dikejar individu terbabit sambil memegang tukul besi.

“Saya berharap agar waris sentiasa datang ke kubur melakukan pemeriksaan bagi mengelak keadaan sebegini berulang,” katanya.-Harian Metro

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...