Polis tahan suspek samun dalam lif MRT


KUALA LUMPUR:  Suspek lelaki yang diburu polis kerana melakukan serangan  ganas terhadap seorang wanita di dalam lif berjaya ditahan pada jam 8.10 malam tadi.

Perompak berkenaan yang menyamun seorang wanita  di dalam sebuah lif di stesen aliran transit massa (MRT) Taman Mutiara, Cheras, Khamis lepas ditahan di Taman Cheras, Kuala Lumpur oleh sepasukan anggota dari Unit D9 dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras.

Menurut  media yang memetik polis, suspek, seorang lelaki India warga tempatan berumur 26 tahun akan direman pada pagi ini.
Dia ditahan di bawah Seksyen 396 Kanun Keseksaan.

Hasil siasatan polis, suspek didapati telah menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam kira-kira jam 6.30 pagi hari yang sama, berhampiran stesen MRT berkenaan sebelum menyamun mangsa di dalam lif.

Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 48 tahun dibelasah dan disamun menyebabkan dia mengalami bengkak pada dahi serta kehilangan dokumen peribadi serta wang tunai RM400.

Pada awal pagi ini, gambar suspek berkenaan yang berkemeja T tular di media sosial.

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...