Solskjaer puji aksi anak buah



LONDON: Ole Gunnar Solskjaer memuji persembahan Manchester United kendaliannya ketika menewaskan Chelsea 2-0 pada pusingan kelima Piala FA di Stamford Bridge awal pagi tadi.

Menurut pengendali sementara itu, ia adalah keputusan yang penting selepas kekalahan kepada Paris Saint-Germain pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara minggu lalu.

“Ia adalah persembahan sempurna daripada segi pertahanan,” kata Solskjaer. “Taktik berjalan dengan lancar. Saya meminta pemain-pemain bertahan lebih ke atas dan mereka melakukannya.

"Chelsea adalah pasukan yang bagus. Mereka mempunyai cara permainan tersendiri tetapi Juan Mata melakukan tugas dengan hebat terhadap Jorginho dan kami bertahan dengan sempurna. Kami tidak dibolosi.

“Ia adalah kemenangan besar selepas kekalahan di tangan Paris Saint-Germain dan kritikan yang kami terima.”

Paul Pogba menambah jaringan selepas gol pembukaan Ander Herrera dan berkata: “Ole percayakan kami dan kami yakin kepadanya. Kami bermain untuk memenangi trofi dan dia hadir untuk membantunya.

“Malam ini adalah kemenangan yang indah dan persembahan hebat oleh pasukan.” – AFP

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...