Pegawai D7 meninggal dunia ketika operasi



Wilson Nohek rebah ketika menerima rawatan di klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River, petang tadi.

SLIM RIVER: Seorang pegawai polis rebah ketika menerima rawatan di klinik swasta sebelum disahkan meninggal dunia di Hospital Slim River, di sini petang tadi.

Dalam kejadian jam 5.45 petang itu, Inspektor Wilson Nohek, 39, yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Bahagian Antimaksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, sebelum itu mengadu sakit dada ketika sedang bertugas.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kira-kira jam 5 petang, pegawai terbabit sedang menjalankan Ops Pintu bersama beberapa anggota lain di kawasan Slim River berdekatan Pasar Raya Econsave .

“Kira-kira 10 minit kemudian pegawai berkenaan yang berasal dari Kuching, Sarawak mengadu sakit dada sebelum terus mendapatkan rawatan di sebuah klinik berhampiran pasar raya itu.

“Pihak klinik kemudian memaklumkan pegawai berkenaan rebah di klinik dan terus dihantar ke hospital sebelum disahkan sudah meninggal dunia akibat serangan jantung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mendiang meninggalkan seorang isteri, Vivianne Arina Malumpang dan tiga anak berusia tiga, enam dan tujuh tahun.

Wan Kamarul Azran berkata, mendiang akan dibawa pulang ke kampung halamannya dan akan dikebumikan di Kampung Bau, Kuching.-BH Online

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...