Mayat lelaki ditemui dengan kesan tikaman 




 MUKAH: Mayat seorang lelaki dengan kesan tikaman di dada dipercayai mangsa bunuh dijumpai dalam keadaan terbaring di atas jalan di kawasan Kenyana dekat sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Jimmy Panyau berkata, pengadu yang merupakan pengurus blok ladang berkenaan telah dimaklumkan oleh seorang mandur bahawa mayat lelaki tersebut dipercayai warga Indonesia dijumpai di atas jalan.

Tambahnya mayat lelaki berkenaan yang tidak diketahui identitinya dijumpai pada pukul 7.20 pagi hari ini.

"Sejurus selepas dimaklumkan, pengadu, 40, telah pergi ke lokasi dan  mendapati seorang lelaki tidak dikenali terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan darah serta kesan tikaman di dada sebelah kanan, belakang badan sebelah kiri dan tangan kiri," kata dalam satu kenyataan hari ini.

Jimmy berkata, polis dari Jabatan  Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Mukah kini sedang giat mengesan suspek yang masih bebas. 

Katanya, siasatan awal polis juga menjumpai sebilah pisau bersarung di tepi jalan tempat kejadian.

"Siasatan awal pihak polis mendapati identiti suspek belum dikenalpasti dan dipercayai warga Indonesia berdasarkan tiada tanda suntik Bacillus Calmette Gurrain (BCG) di bahu mangsa,"jelasnya lagi.

Katanya lagi, dua lelaki warga Indonesia telah ditahan untuk  membantu siasatan berhubung kes tersebut.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," tambah beliau.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...