Wanita disahkan mati selepas ditemui tidak sedarkan diri dalam kereta




KUCHING: Seorang wanita disahkan meninggal dunia selepas ditemui tidak sedarkan diri di dalam keretanya di Jalan Padungan di sini, semalam.

Menurut sumber, mangsa dikenali sebagai Alice Ong berusia 48 tahun itu terdahulunya dikatakan terlibat dalam kemalangan jalan raya iaitu sekitar jam 5 petang.

“Bagaimanapun dia tidak keluar dari dalam kereta sehingga menyebabkan orang awam yang menyedari kemalangan tersebut segera memeriksanya ke dalam kereta dan mendapati dia tidak sedarkan diri.

“Mereka kemudian terus menghubungi pihak polis untuk mendapatkan bantuan,” katanya.

Difahamkan mangsa disahkan meninggal dunia selepas diperiksa oleh anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang turut hadir di lokasi kejadian.

Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis yang kemudian dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik HUS untuk tindakan selanjutnya.

Sumber selain itu turut memberitahu mangsa yang bekerja di sebuah syarikat berdekatan tempat kejadian juga mengalami masalah kesihatan.

Beberapa ahli keluarga mangsa turut dilihat hadir di lokasi kejadian selepas dimaklumkan mengenai perkara tersebut.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...