Op Motosikal 284 saman dikeluarkan 11 motosikal disita di Kuching




Alexson (dua kanan) memantau Op Motosikal di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub di Kuching, malam Jumaat.

KUCHING: Sebanyak 284 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Motosikal di Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yakub di sini pada malam Jumaat.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata sebanyak 45 saman dikeluar atas kesalahan melibatkan lesen kenderaan motor termasuk cukai jalan tamat tempoh, tiada lesen memandu (38 saman), menggunakan nombor plat yang tidak dibenarkan (35) dan tidak memakai topi keledar sebanyak 15 saman.

Tambahnya, terdapat juga kesalahan-kesalahan lain yang turut disaman seperti membawa penumpang lebih iaitu sebanyak lapan saman, ubah suai ekzos (18) dan tiada cermin sisi (15).
 
“Operasi ini dijalankan bagi mencegah kemalangan jalan raya khususnya yang melibatkan kenderaan motosikal,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, polis turut menyita sebanyak 11 buah motosikal dalam operasi tersebut.

Seramai 50 pegawai dan anggota JSPT Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching terlibat operasi yang bermula dari pukul 8.30 malam hingga 12.30 tengah malam.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...