Lelaki maut, motosikal ditunggang terbabas



Keadaan motosikal yang ditunggang mangsa dalam nahas jalan raya di Jalan Salim.

SIBU: Seorang lelaki dari Rumah Ibok, Nanga Semah di Bintangor maut setelah motosikal ditunggangnya terbabas di Jalan Salim pada Jumaat malam.

Mangsa dikenali sebagai Alexsion Juing Ladin, 29 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Sibu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit, mangsa dikatakan sedang menunggang motosikal dari arah pusat bandar menuju ke sebuah pasar raya di Jalan Salim.

Katanya, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dalam kemalangan yang difahamkan berlaku sekitar 10 malam. 

“Mangsa dibawa ke Hospital Sibu untuk menerima rawatan telah disahkan meninggal dunia pada jam 10.52 malam kejadian," katanya.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-Utusan Borneo

No comments:

Post a Comment

RM1.2 JUTA ROKOK DAN BIR DIRAMPAS

SIBU: Pelbagai jenis rokok dan bir dipercayai barangan seludup yang dianggarkan bernilai lebih 1.2 juta telah dirampas oleh sepasukan ...